
Skuad Wanita Perlukan Masa
On August 23, 2015 by Wak FaizalLatihan pusat skuad wanita negara fasa pertama yang tamat pada 22 Ogos lepas memberikan gambaran awal buat jurulatih negara, Chiew Chun Yong bagi merangka strategi serta rancangan bagi latihan pusat fasa kedua yang akan bermula 25 hingga 29 Ogos ini.
Ketika ditemui, beliau kurang berpuas hati terhadap tahap fizikal serta ketajaman pemain akibat dari rehat yang terlalu panjang selepas tamat saingan Liga Futsal Kebangsaan musim ini. Namun begitu semangat serta disiplin para pemain yang terpilih untuk fasa pertama itu wajar diberikan pujian apabila mereka telah memberikan kerjasama serta disiplin yang baik dalam setiap perancangan yang telah ditetapkan kepada mereka.
”Saya gembira kerana majoriti pemain dapat menyesuaikan diri dengan program latihan yang saya tetapkan dan mereka semua memerlukan sedikit masa lagi untuk beraksi dalam satu pasukan dan mengamalkan corak permainan yang pantas”, kata beliau kepada krew Arena Futsal Malaysia ( AFM ).
”2 perlawanan persahabatan yang dihadapi minggu lepas memberikan saya idea dan gambaran terhadap pemain yang akan dipilih nanti berdasarkan taktikal bertahan dan serangan yang baik serta corak permainan pantas yang ingin saya terapkan”. Ujar beliau lagi.
Mengulas terhadap 2 perlawanan tersebut, beliau memuji para pemain kerana walaupun menentang pasukan yang mempunyai kelajuan corak permainan, anak buahnya masih mampu menjelmakan persembahan yang mengagumkan dan mengharapkan aksi mereka akan lebih baik menuju ke latihan fasa kedua nanti.
Latihan fasa pertama ini turut menjadikan peluang kepada beliau untuk memberikan fokus kepada persefahaman sepasukan dan amat penting bagi mengelakkan dari pemain yang terpilih mengalami sebarang kecederaan.
Untuk berlaku adil dengan pemain, beliau turut memahami bahawa pemain perlukan masa untuk membuktikan keupayaan sebenar yang dimiliki dan juga memahami segala tunjuk ajar yang telah diberikan. Beliau turut percaya bahawa pemain yang terpilih untuk menggalas tanggungjawab di Kejohanan Futsal AFC di Nilai nanti dapat memenuhi kriteria yang diperlukan untuk saingan itu nanti.
Artikel Oleh : Meor AFM
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.