Rumusan Hari 1 MPFL 2022 (Sirkit 3)
On January 29, 2022 by Wak FaizalKuala Lumpur memulakan saingan mereka di sirkit 3 dengan meraih kemenangan pertama. Mereka berjaya membawa pulang 3 mata penuh selepas menewaskan pasukan Perak 4-1. Kuala Lumpur membuka jaringan seawal minit ke-6 dimana Ainol Rafieq tenang menewaskan penjaga gol menerusi jaringan di far post.
Kuala Lumpur tak menunggu lama untuk dapatkan gol kedua seminit kemudian daripada Fadhli Jafri sebelum Izuwan Shah menutup separuh masa pertama dengan jaringan ketiga Kuala Lumpur. Masuk separuh masa kedua Perak berjaya menewaskan penjaga gol lawan dengan jaringan tunggal mereka daripada Farid Ashraf. Perak terus melakukan asakan untuk mencari gol namun mereka tidak berjaya dan pada minit ke-38 penjaga gol Kuala Lumpur cipta sejarah baru selepas dia berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan jauh dari kawasan d Kuala Lumpur.
Selepas itu giliran KPT-PST Mustangs turun menentang Negeri Sembilan. Sekali lagi pasukan yang membariskan pelajar IPTA/IPTS ini mempamerkan aksi yang baik dan tentangan sengit kepada lawan namun rezeki tidak menyebelahi mereka. Skuad kendalian Wan Suratman tewas tipis 2-3 kepada Negeri Sembilan.
Perlawanan terakhir untuk hari 1 sirkit 3 ini menyaksikan pertemuan pasukan pantai timur di mana Terengganu turun dan berjaya menewaskan TRW Kelantan dengan jaringan 4-2. Perlawanan ini antara yang menjadi tumpuan berikutan Kelantan turun dengan pemain import mereka buat kali pertama, Anton Cahyo daripada Indonesia.
Perlawanan ini juga turut disaksikan oleh Naib Presiden FAM, Datuk Seri Haji Rosmadi Ismail dan Exco FAM, Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya selaku Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai, serta Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.