Hari kedua MPFL 2022 sirkit 2 hanya 3 perlawanan sahaja berlangsung selepas perlawanan antara KL City FC dan Selangor TOT United terpaksa ditunda ke tarikh baru. Ini difahamkan berikutan ada kes positif COVID-19 di kalangan pemain KL City.
Untuk perlawanan pertama bagi hari ini PDRM turun selaku tuan rumah menentang Selangor MAC. PDRM yang terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-6 menerusia Ahmad Shafeez terpaksa akur dengan kekuatan juara bertahan ini apabila mereka tewas 2-4 sebentar tadi. Saad Sani membuka jaringan untuk Selangor sebelum kapten, Fariq Mohammad menambah 1 gol dan Ekmal Shahrin 2 gol.
Perlawanan seterusnya menyaksikan Kuala Lumpur masih buntu mencari mata pertama selepas mereka tewas sekali lagi kali ini kepada Pulau Pinang dengan keputusan 3-6. Kembalinya pemain berpengalaman Fadzil Karnim pada perlawanan ini memberikan semangat buat Pulau Pinang untuk meraih 3 mata kedua mereka di sirkit kedua ini. Malah Fadzil juga mencatat nama sebagai penjaring hari ini.
Untuk perlawanan terakhir hari ini, Joshua Lee menjadi wira Negeri Sembilan apabila dua jaringan dia memastikan pasukannya berjaya meraih 3 mata penuh. Negeri Sembilan yang tewas semalam bangkit pada hari ini dengan kemenangan 2-1 ke atas pasukan Perak. Sekali lagi Negeri Sembilan berjaya menjaringkan gol betul-betul di minit akhir perlawanan.

