
Tarikh AFC & AFF Futsal Club Championships. Pasukan Mana Bakal Wakil Malaysia?
On January 6, 2022 by Wak GoleiroMalaysian Premier Futsal League 2022 bakal menjadi platform bagi pemilihan 2 wakil Malaysia yang akan beraksi di dua kejohanan, AFC Futsal Club dan juga AFF Futsal Club.
Kemungkinan Juara MPFL 2022 bakal membawa cabaran negara buat kali pertama bersaing di pentas AFC Futsal Club sementara pasukan di tempat kedua akan ke AFF Futsal Club. Tapi ini perlu tunggu pengumuman rasmi daripada penganjur tentang pemilihan wakil Malaysia ke sana.
Menurut sumber yang kami terima AFC Futsal Club dijadualkan berlangsung pada bulan 3-14 Ogos di Kuwait sementara AFF Futsal Club pula di Thailand pada 22-28 Ogos.
Sebelum ini kita hanya beraksi di AFF Futsal Club dan sudah sertai 5 kali daripada 6 edisi keseluruhan. Pencapaian terbaik Malaysia menerusi pasukan Felda United yang meraih tempat kedua di AFF Futsal Club edisi 2015.
Pasukan lain yang pernah membawa cabaran di kejohanan AFF ini pasukan Melaka United, dan edisi tahun lepas Selangor MAC di tempat ketiga manakala Pahang Rangers berada di kedudukan keempat.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.