
Senarai 20 Pemain Membawa Cabaran Kedah Di Saingan MPFL 2022
On December 31, 2021 by Wak GoleiroSkuad futsal Kedah telah diperkenalkan semalam di satu Majlis Perlancaran Jersi dan Memperkenalkan Pasukan yang berlangsung di Alor Setar.
Sebanyak 20 pemain telah dipilih untuk menyarung jersi skuad Lang Merah untuk saingan MPFL 2022 yang akan bermula pada 14 Januari depan.
Melihat kepada senarai nama pemain terdapat 3 pemain pengalaman yang bakal membantu pasukan ini nanti iaitu Mohammad Afandi, Mohmmad Shahmi dan Safirul Ikhwan. 3 pemain ini satu ketika dulu pernah berada dalam skuad futsal kebangsaan akan memainkan peranan mereka untuk membantu serta berkongsi pengalaman mereka dengan para pemain lain.
Kedah juga dilihat berjaya dapatkan dua pemain daripada pasukan Melaka yang menarik diri iaitu Yoga Matra dan Syamel Johan yang pernah menyarung jersi skuad futsal kebangsaan bawah 20 tahun.
Bagi saingan MPFL 2020 Ahmad Rasidi Hashim akan menggalas tugas sebagai ketua jurulatih dan dia dibantu oleh Isshamwill Azmi selaku jurulatih penjaga gol, Khairul Afimi Abdul Afeef Jurulatih Kecergasan.
Kedah akan menggunakan jersi daripada jenama Kovra seperti diperkenalkan ketika majlis semalam. Jersi berwarna hijau menjadi pilihan sebagai jersi Home manakala Kovra menampilkan jersi berwarna putih sebagai jersi Away.

Berikut merupakan senarai penuh pemain skuad Kedah:
- Muhammad Akmal Aziz (GK)
- Muhamad Aras Alif Azhar (Ala)
- Mohd Azlan Morad (Ala)
- Mohamad Zulhilmi Zulkiflee (Fixo)
- Muhammad Hafizi Marzuki (Fixo)
- Muhammad Hamzah Ahmad (Pivot)
- Mohd Farith Ahmad (Ala)
- Fakhrul Islam Anizam (Pivot)
- Mohammad Afandi Bonyamin (Fixo)
- Mohammad Shahmi Abdullah Sani (Fixo)
- Safirul Ikhwan Mohd Shazuan (Ala)
- Mohd Izwan Iskandar Gazali (Ala)
- Muhammad Syamel Johan (Ala)
- Yoga Matra Saiful Bahri (Fixo)
- Muhammad Sharifuddin Md Akhir (Pivot)
- Muhammad Zamzury Md Znan (Ala)
- Muhammad Nashrul Helmy Rusdi (GK)
- Nazyl Syazee Ezzar Nazri (GK)
- Faris Humaidi Hussaini (Ala)
- Zulkifli Abu Hassan Zali (Pivot)
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.