2 Pasukan Tarik Diri Daripada MPFL 2022

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi Jawatankuasa Futsal & Bola Sepak Pantai FAM mengesahkan hanya 15 pasukan akan mengambil bahagian untuk Malaysia Premier Futsal League 2022 selepas 2 pasukan menarik diri.

2 pasukan tersebut adalah pasukan Sabah dan Melaka yang menarik diri dan difahamkan berikutan ketiadaan dana pada saat-saat akhir.

Kalau ikutkan dua pasukan ini sudah melakukan persediaan untuk menghadapi saingan MPFL dan sudah melengkapkan barisan pemain tapi terpaksa dibubarkan.

Satu kerugian buat arena futsal kita atas penarikan 2 pasukan ini kerana kehilangan platform buat para pemain untuk beraksi dan mempamerkan bakat-bakat mereka kerana difahamkan kedua-dua pasukan banyak membariskan pemain muda.

Walaubagaimanapun beberapa bekas pemain Sabah dan Melaka berjaya mendapatkan tempat dengan pasukan baru di saat-saat akhir sebelum tarikh tutup pendaftaran pemain, antaranya ada yang ke Selangor MAC, Penang dan Negeri Sembilan.

Berikut merupakan senarai akhir pasukan yang bertanding di MPFL 2022:

  1. Selangor MAC
  2. Pahang Rangers
  3. Kuala Lumpur
  4. Kuala Lumpur City
  5. Perak
  6. Pulau Pinang
  7. Negeri Sembilan
  8. Kedah
  9. Terengganu
  10. ATM
  11. KPM-PST Mustangs
  12. PDRM
  13. Shah Alam City
  14. TRW Kelantan
  15. Selangor TOT United

Start a Conversation