Selepas pasukan Sabah mengumumkan pembubaran pasukan, Pahang Rangers tak menunggu lama untuk menyambar kapten Sabah Yazid Kamaruzuan untuk memperkuatkan pasukan bagi saingan Malaysian Premier Futsal League 2022.
Yazid bukan asing lagi untuk pasukan ini kerana dia antara pemain utama yang pernah bersama pasukan Kuantan Rangers pada musim 2017 dan 2018. Kini dia kembali ke pasukan ini walaupun dengan nama baru tetapi misi pasukan tetap sama.
“Saya kembali ke Pahang kerana kami kongsi visi dan misi yang sama. Saya juga ada urusan yang belum selesai bersama pasukan ini. Dulu saya membantu Kuantan Rangers layak ke Liga Futsal Kebangsaan kali ini saya ada misi besar untuk membantu Pahang Rangers menjuarai liga sekaligus mewakili Malaysia ke ‘AFC Club Championships”.
Selepas Alif Mat Amin, Yazid merupakan pemain kedua baru yang diumumkan dan dilihat bakal memberikan impak yang baik dalam pasukan dengan pengalaman yang dia ada. Berdasarkan beberapa perlawanan persahabatan baru-baru ini Yazid masih diuji dalam beberapa ‘pair’ tapi tiada masalah untuk pemain yang pernah mencipta nama di Australia ini.
Can you be more specific about the content of your article? After reading it, I still have some doubts. Hope you can help me.