Gang Futsal Wanita Meriahkan FAS Women Super League 2021!
On November 25, 2021 by Wak GoleiroBaru-baru ini Persatuan Bola Sepak Selangor telah melancarkan FAS Women Super League 2021 dan telah mendapat perkenan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah untuk merasmikan liga ini yang akan membuka tirai 29 November ini.
Satu inisiatif baik daripada FAS untuk menganjurkan liga ini buat julung kali sekaligus membuka platform buat wanita untuk bermain bola sepak di peringkat yang lebih kompetitif.
Liga yang akan berlangsung minggu depan ini akan tamat pada 19 Januari depan dengan penyertaan sebanyak 10 pasukan dibahagikan 2 kumpulan (1 kumpulan 5 pasukan).
Peluang ini juga diambil oleh pemain-pemain futsal wanita yang majoriti bakal bermain di saingan Malaysian Premier Futsal League 2022. Boleh dikatakan hampir kesemua 10 pasukan ini nanti ada pemain MPFL.
Antara nama yang akan bermain nanti, Steffi Sidhu, Fatin Shahida, Farahiyah Ridzuan yang mewakili Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ). Selain itu ada juga nama-nama yang tidak asing dalam futsal wanita akan bermain antaranya Intan serah, Zur’ain Kamarudin dan Hanis Azizan yang mewakili pasukan The Footsouls.
Untuk saingan MPFL Wanita akan bermula pada 5 Februari 2022. Jadi FAS Women Super League 2021 peluang baik untuk para pemain ini mencari kecergasan dan persediaan tambahan menjelang MPFL nanti.
Semoga berjaya buat semua pasukan dan para pemain yang akan bertandingn nanti. Berikut merupakan senarai pasukan yang akan bertanding di FAS Women Super League 2021 :
Kumpulan A – FC Swat, UiTM FC, First 11 FC, The Footsouls, Radia Ladies FC
Kumpulan B – Leopard FC, MBSJ FC, SA United, Rhym Rovers, Negeri Sembilan Womens FC
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.