Pemain kedua Brazil bakal beraksi di Malaysia?
On November 21, 2021 by Wak Goleiro
Kehangatan Malaysia Premier Futsal League 2022 semakin dirasai dengan perkhabaran seorang pemain import daripada Brazil bakal memperkuatkan sebuah pasukan di Malaysia.
Pemain tersebut adalah Matheus Vasconcelos atau dikenali dengan panggilan Ceara. Ceara sebelum ini merupakan pemain utama pasukan Marreco Futsal di Liga Futsal Brazil, Liga Nacional de Futsal. Pasukan tersebut juga telah mengucapkan selamat tinggal kepada pemain ini dan menurut perkongsian pasukan tersebut Ceara akan ke Malaysia.
Difahamkan pemain muda yang baru berusia 23 tahun ini sudah berada di Malaysia dan telah turun beraksi bersama pasukan di satu aksi persahabatan baru-baru ini.
Dia bakal menjadi tonggak utama pasukan baru ini nanti kerana kemampuan pemain ini dan difahamkan sesuai dengan corak permainan di Malaysia atas penilaian bekas jurulatih kebangsaan coach Marcelo Serpa.
Ceara bakal menjadi pemain kedua dari Brazil akan bersama pasukan Malaysia selepas Fineo De Araujo yang bersama Pahang Rangers tahun lalu.
Dijangka pasukan baru Ceara diumumkan dan diperkenalkan secara rasmi dalam masa terdekat ini.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.