Debut dan Gol daripada Alif Mat Amin Buat Pahang Rangers.

Pemain baru Pahang Rangers, Alif Mat Amin tidak menunggu lama untuk menyesuaikan diri dengan pasukan baru.

Alif yang membuat penampilan pertama di aksi persahabatan menentang Selangor MAC berjaya menjaringkan 1 gol untuk Pahang Rangers dan perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 4-4.

Kelincahan Alif memberi impak buat pasukan dengan beberapa pergerakan dia berjaya melepasi kawalan pihak lawan.

Alif juga menampilkan aksi yang baik di aksi persahabatan kedua menentang Selangor TOT di mana skuad kendalian Gerard Casas meraih kemenangan 4-3.

Dengan latihan yang cukup nanti pasti Alif akan terus menjadi senjata utama pasukan Pahang Rangers menjelang saingan Malaysian Premier League 2022 nanti.

https://www.facebook.com/watch/?v=226734296215049

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top