Video – Azman Adnan Ceritakan Detik ‘Menarik’ Pasukan Malaysia Tunggu Depan Hotel Pasukan ‘Menganjing’ Malaysia.

Tahukah anda Malaysia pernah bermain di Piala Dunia futsal 1996, pusingan akhir di Segovia,Sepanyol. 

Jadi legend bolasepak Malaysia Azman Adnan melalui video di channel Youtube rasmi beliau iaitu The Azman Adnan ( Siapa belum subscribe, Jom subscribe dulu).

Melalui video ini, Azman Adnan kongsikan kisah perjalanan pasukan Malaysia ketika itu, Pelbagai halangan dan cabaran yang ditempuhi skuad futsal tersebut. Kejayaan menundukkan Filipina & Brunei dalam saingan kelayakan sudah cukup bagi melayakkan skuad negara ke Sepanyol sekaligus mengiringi China dan Iran sebagai wakil Asia dalam kejohanan futsal berprestij itu.

Pemain-pemain Malaysia ketika itu adalah seperti berikut.

1) Khairul Azman Mohamed (Goleiro)

2) Mudzar Mohamed (Goleiro)

3) Zainal Abidin Hassan (C)

4) Anuar Jusoh

5) Lim Seng Kong

6) Rosdee Sulong

7) Nazri Yunos

8) Zami Mohd Noor

9) Dollah Salleh

10) Azman Adnan

11) Azrul Amri Burhan

12) Md Raizuwah Idris 

Azman Adnan juga kongsikan pengalaman bagaimana pasukan negara bermain pada perlawanan pembukaan Piala Dunia menentang Italy. Dan juga pesanan dari Azman Adnan kepada semua pemain futsal tanah air.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top