Kapten pasukan futsal negara, Khairul Effendy Bahrin sah bakal berpisah bersama Pahang Rangers selepas 3 tahun bersama pasukan ini. Ayon berhijrah daripada Melaka United dan SKN (Indonesia) untuk memperkuatkan pasukan ini pada tahun 2019.
Kehadiran dia bersama Pahang Rangers berjaya membantu pasukan ini muncul naib juara edisi pertama Malaysia Futsal Premier League pada tahun 2019.

Aura dia bersama beberapa pemain kebangsaan lain yang dibawa masuk ke Pahang Rangers menjadi satu fenomena, setiap kali game di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan pasti penuh dengan kehadiran penyokong terutama pasukan penyokong ‘Elephant Army’.
Misi Ayon untuk membantu pasukan ini membawa pulang piala MPFL tidak kesampaian apabila edisi 2020 dan 2021 telah dibatalkan berikutan COVID19. Kali terakhir Ayon bermain dengan Pahang Rangers di kejohanan AFF Futsal Cup pada bulan September lepas di Thailand.
Satu kehilangan besar buat Pahang Rangers tapi kami percaya barisan pemain muda mereka sudah bersedia untuk mengisi kekosongan Ayon nanti.
Buat Khairul Effendy Bahrin @ Ayon kami ucapkan selamat berjaya untuk karier dan bersama pasukan baru. Tak sabar nak tunggu malam ni, dengar ada live. Kalau jadi malam ini Ayon akan bersama pasukan baru.