5 November Tarikh Tutup MPFL 2022? Musim Kedua MPFL Awal Tahun Depan, Format Seperti Berikut

Khabar baik buat semua pasukan, pemain dan peminat futsal Malaysia selepas Jawatankuasa Futsal dan Bolasepak Pantai FAM telah memutuskan Malaysia Premier Futsal League 2020 (MPFL) akan bermula awal tahun depan.

Format pertandingan untuk musim kedua ini nanti bakal berlangsung liga dua pusingan dijalankan secara berpusat mengikut sirkit dan venue yang ditetapkan untuk peringkat kumpulan.

9 sirkit untuk lelaki bermula 8 Januari sehingga 13 Mac manakala bagi kategori wanita bermula 5 Februari sehingga 20 Mac. Habis pusingan liga, 4 pasukan terbaik daripada 2 kumpulan yang dibahagikan nanti akan mara ke pusingan kalah mati. Mereka akan beraksi secara timbal balik daripada suku akhir sehingga perlawanan akhir di venue pilihan pasukan.

Jumlah pasukan yang akan bertanding nanti dikekalkan sebanyak 20 pasukan untuk kategori lelaki dan 12 pasukan untuk kategori wanita. Tiada pasukan baru yang boleh sertai dan surat telah dihantar kepada pasukan-pasukan ini yang sepatutnya beraksi di edisi tahun ini tapi telah dibatalkan berikutan COVID-19.

Pasukan-pasukan ini perlu menghantar borang minat untuk bertanding di MPFL 2022 sebelum atau pada 5 November 2021. Jika ada pasukan yang tidak membalas difahamkan penganjur akan terus menjalankan liga dengan baki pasukan yang ada.

Berikut merupakan senarai pasukan yang bakal bertanding di MPFL 2022:
Pasukan Lelaki

  1. ATM
  2. Kedah
  3. Kelantan FC
  4. Kelantan United
  5. KL City FC
  6. KPT-PST Mustangs
  7. Kuala Lumpur
  8. Melaka
  9. Negeri Sembilan
  10. Pahang Rangers
  11. PDRM FC
  12. Perak
  13. Pulau Pinang
  14. Sabah
  15. Sarawak
  16. Sarawak United
  17. Selangor MAC
  18. Selangor TOT United
  19. Shah Alam City
  20. Terengganu

Pasukan Wanita

  1. FC Langkawi
  2. KPTM Bangi
  3. Kuala Lumpur
  4. Kuala Lumpur Prefer FC
  5. Melaka
  6. Pahang Rangers
  7. PDRM
  8. Perak SSCJ
  9. Sabah
  10. Sarawak
  11. Selangor MBPJ FC
  12. Selangor MBSJ FC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top