
Covid Bukan Masalah Untuk Industri Futsal Vietnam
On November 29, 2020 by WanShaPenularan wabak Covid19 di Vietnam, tidak menghalang mereka untuk meneruskan liga futsal yang telah berlangsung bermula Jun lalu. Futsal HDBank VDQG 2020 telah diadakan sejak 4 tahun yang lalu oleh Voice of Vietnam (VOV) dan Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF). Ianya tidak lain tidak bukan untuk pembangunan dalam sukan ini.
Apa yang menarik untuk dikongsikan mengenai liga ini, kejuaraan yang diperolehi bagi pasukan Thai Son Nam FC merupakan kejuaraan berganda untuk pasukan TSN pada musim ini.
TSN juga mencatat rekod yang sangat mengagumkan dengan 10 kejuaraan liga Vietnam daripada keseluruhan 13 kali penyertaan. Kejuaraan futsal dalam HDBank VDQG 2020 juga merupakan kejuaraan ke-5 Thai Son Nam.
Pusingan akhir bagi kejohanan ini terdiri daripada 8 pasukan terkuat di Vietnam. Antaranya, Thai Son Nam, Thai Son Bac, Sahako, Sannatech Khanh Hoa, Kadichain Saigon FC dan tuan rumah yang bertanding Hung Gia Khang Dak Lak serta 2 pasukan yang melepasi kelayakan iaitu Cao Bang dan Quang Nam.
Pada awalnya, juara bertahan, Thai Son Nam memulakan aksi agak perlahan. Namun, pada perlawanan ke-6, mereka mula mengorak langkah mengungguli liga sehingga ke penghujung liga (26 November, semalam)
Pasukan yang solid ini, tampak tidak mudah untuk dikalahkan. Mereka berjaya mengekalkan kedudukan selesa dengan rekod tanpa kalah selepas kemenangan berturut hingga melayakkan diri ke perlawanan akhir.
Pada perlawanan akhir beberapa hari yang lalu menyaksikan bertembungan di antara TSN dan pasukan di kedudukan ke-3 liga, Sannatech Khanh Hoa. Ianya disempurnakan dengan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan mengikat 3 jaringan sama. Kehebatan bagi pasukan TSN masih terbukti setelah kemenangan berpihak kepada mereka dengan jaringan penalty 5-4.
Selain dari itu, 2 pemain mereka turut mendapat anugerah.
- Penjaga Gol Terbaik – Ho Van Y
- Penjaring Terbanyak – Nguyen Thinh Phat (4 gol)
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.