3 kali Naib Juara, 5 kali ketiga Pencapaian Terbaik Pasukan Malaysia Di Kejohanan AFF

Sejak bermulanya Kejohanan Futsal AFF pada tahun 2001 di Kuala Lumpur, Pasukan Malaysia tidak pernah terlepas untuk menyertai kejohanan ini sehingga kini.

Kini kejohanan futsal AFF ini sudah memasuki edisi ke 13 yang baru sahaja berakhir semalam dimana pasukan Thailand berjaya mengekalkan kejuaraan.

Bagi pasukan Malaysia mereka berjaya peroleh tempat ke 3 di AFF Futsal 2016 setelah menewaskan pasukan Timor Leste. Pencapaian terbaik pasukan Malaysia di kejohanan ini adalah peroleh tempat kedua pada tahun 2010 dimana kejohanan AFF ini berlangsung di Vietnam.

Berikut merupakan pencapaian pasukan Malaysia di kejohanan futsal AFF

Malaysia (2001) – Ketiga

Malaysia (2003) – Kedua

Thailand (2005) – Kedua

Thailand (2006) – Kumpulan

Thailand (2007) – Ketiga

Thailand (2008) – Ketiga

Vietnam (2009) – Kumpulan

Vietnam (2010) – Kedua

Thailand (2012) – Keempat

Thailand (2013) – Kumpulan

Malaysia (2014) – Kumpulan

Thailand (2015) – Ketiga

Thailand ( 2016) – Ketiga

Start a Conversation