Kejohanan Bola Sepak Wanita Piala Tun Sharifah Rodziah 2016

12 pasukan bola sepak wanita akan beraksi di Kejohanan bola sepak wanita Piala Tun Sharifah Rodziah 2016 yang memulakan tirainya pada hari ini. Kejohanan yang memasuki edisi ke 26 ini akan menghimpunkan lebih 200 pemain bola sepak wanita.

Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok Kedah menjadi pilihan sebagai venue perlawanan pada tahun ini dimana kejohanan akan berlangsung bermula 7 April sehingga 16 April 2016.

Menurut artikel yang dipetik dari laman web FAM :

“Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM, Brigadier Jeneral Dato’ Norhuda Ahmad menyuarakan keyakinan bahawa kejohanan bola sepak wanita Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) 2016 bermula hari ini mampu menjadi medan mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan bagi mewakili negara kelak.

“Syarat penyertaan kejohanan tahun ini juga menyaksikan setiap pasukan dibenarkan untuk mendaftarkan hanya 5 pemain yang berumur 26 tahun ke atas manakala selebihnya berusia 25 tahun ke bawah.

“Saya lihat PTSR mampu untuk melatih golongan wanita muda bagi menceburkan diri dalam sukan bola sepak dan sekali gus memudahkan proses untuk mencari pelapis skuad wanita kebangsaan kita.

12923212_953379961425435_4472460740867954121_n

“Harapan saya ialah untuk PTSR 2016 ini menjadi platform untuk kita memilih barisan pemain yang bakal mewakili negara untuk ke Piala Bolasepak Wanita Asia AFC 2022 kelak”.

Apa yang menarik adalah kebanyakkan pemain yang beraksi di kejohanan ini turut bergiat aktif dalam arena futsal. Ini adalah sukan ini untuk kategori wanita bukan satu sukan yang menjadi pilihan.

Antara nama-nama yang tidak asing lagi bagi sukan futsal yang bermain di kejohanan ini antaranya ialah pemain futsal kebangsaan Farahiyah Muhd Ridzuan , Norhawa Md Yassin yang mewakili pasukan Felda United, Siti Asnidah Zamri mewakili pasukan Selangor dan banyak lagi.

Senarai pasukan yang beraksi di Kejohanan bola sepak wanita Piala Tun Sharifah Rodziah 2016.

KUMPULAN A:

1. Sabah
2. Negeri Sembilan
3. Sarawak
4. ATM
5. Perlis
6. Selangor

KUMPULAN B:

1. MISC
2. Perak
3. Pulau Pinang
4. Pahang
5. Kuala Lumpur
6. Kedah

Foto Kredit : Football Association of Malaysia.

JADUAL2016-PTSR

Start a Conversation