KL City Mempamerkan Aksi Luar Biasa (Rumusan Hari 1 Sirkit 5)
On February 14, 2022 by Wak FotoTurun dengan majoriti pemain muda dan baru, KL City mempamerkan aksi luar biasa dengan semangat juang yang tinggi untuk mengikat pasukan Pahang Rangers dengan keputusan 2-2.
Barisan pemain KL City menunjukkan disiplin yang tinggi setiap kali bertahan dan ini dibuktikan dengan statitik yang dikeluarkan oleh Data Sukan dimana pasukan kendalian Jerry Dinesh berjaya melakukan intercept sebanyak 57 kali serta melakukan ball recoveries sebanyak 36 kali.
KL City terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Dharmmesh pada minit ke-7 sebelum Dinesh Kumar menambah jaringan pada minit ke-14. Pengalaman yang ada dengan Pahang Rangers membantu mereka untuk bangkit mendapatkan dua jaringan penyamaan daripada Farhan Khairul Anuar dan Saiful Nizam.
Perlawanan di sebelah pagi antara Selangor MAC dan TRW Kelantan berpihak kepada pasukan Selangor dimana mereka menang dengan jaringan 5-3. Bukan satu perlawanan yang mudah kerana pemain Kelantan memberikan saingan sengit di perlawanan ini.
Malah separuh masa pertama berakhir dengan keputusan seri 2-2 sebelum Selangor memastikan kemenangan di separuh masa kedua dengan tambahan 3 lagi gol.
Perlawanan terakhir pada hari pertama sirkit 5 ini kita dapat melihat pasukan ATM berjaya mencatat kemenangan kedua mereka di MPFL selepas berjaya menewaskan Perak dengan keputusan 6-3.
Izzul Syahmi berjaya mencatat nama sebagai penjaring hatrik, Alif Iqwan menjaringkan 2 gol dan satu lagi gol ATM hasil jaringan sendiri pemain lawan.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.