Akademi SS Five FC Kini Dibuka Untuk Pendaftaran
On January 25, 2023 by Tun ShahBerita baik untuk pemain dan peminat futsal di Malaysia kerana SS Five FC telah membuka pendaftaran untuk menyertai Akademi Futsal mereka yang berpusat di KC Futsal Larkin,Paragon International School Academy dan juga Futsal Stop Singapore Academy tidak lama lagi.
Pendaftaran adalah untuk mereka yang berumur bawah 16 Tahun pada tahun semasa dan akan diasingkan kepada 3 peringkat iaitu :
1) Bawah 12 Tahun
2) Bawah 14 Tahun
3) Bawah 16 Tahun
Dengan hanya yuran pendaftaran yang berharga RM165 beserta yuran bulanan RM65,ianya amat berbaloi kerana peserta berpeluang berlatih dan menimba ilmu di bawah barisan jurulatih yang berlesen dan berpengalaman,tempat latihan sendiri tanpa perlu berkongsi dengan orang awam,modul latihan yang berkualiti dan juga peluang bermain di peringkat tertinggi seperti MPFL.
Pasukan SS Five FC adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia futsal tanah air kita.Kualiti dan kehebatan mereka dalam merekrut dan melahirkan pemain yang mewakili kelab-kelab di MPFL serta mewakili Malaysia.
Kelab amatur ini ditubuhkan pada tahun 2015 oleh Thirunavukkarasu Nadarajah terus menggegar industri futsal di Malaysia,khususnya di Johor Bahru.Namun,SS Five FC bukan hanya beroperasi sebagai kelab amatur seperti majoriti kelab futsal di Malaysia,mereka juga sering menganjurkan klinik futsal,liga futsal dan juga kejohanan futsal.
Selain itu,SS Five FC juga telah membina beberapa gelanggang futsal untuk masyarakat setempat,malah mempunyai Akedemi sendiri untuk memupuk dan memperbaikkan pemain futsal yang bermula dari umur dari bawah 12 ke 16 tahun.
SS Five FC juga telah diiktiraf dan sebuah kelab yang berdaftar di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia,lantas memperhebatkan lagi profil SS Five FC sebagai Kelab yang memandang serius terhadap apa yang ingin mereka capai dan terapkan secara jangka masa panjang.
Untuk maklumat lanjut berkenaan pendaftaran dan pembelian jersi rasmi Akademi SS Five FC,sila hubungi Ridzuan 0172848440 atau Coach Takuya di 0132356617.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.