
Pasukan Baru Sumareh Masih Menjadi Teka Teki
On November 18, 2020 by WanShaPemain naturalisasi pertama negara, Mohamadao Sumareh kini menjadi bualan hangat. Teka teki bagi pasukan baru untuk musim hadapan pun masih belum terjawab. Agak-agak pasukan mana yang sambar dia dulu?
The Keli Boy yang pernah mengejutkan peminat bola sepak tanah air dengan keputusannya untuk meninggalkan bekas pasukan, Pahang FC atau kini Sri Pahang. Meskipun dia mempunyai alasan tersendiri untuk meninggalkan pasukan tersebut, dia mempunyai perancangan rapi untuk kariernya.
Telah sedia maklum, Sumareh hanya mengikat kontrak 6 bulan bersama Police Tero FC yang berpangkalan di Thailand. Dari awal lagi, dia dikaitkan dengan 2 pasukan gergasi tanah air, Johor Darul Takzim (JDT) dan Selangor.
Walau bagaimanapun, semalam menerusi akhbar Berita Harian Online, Timbalan Presiden FAS, Datuk Seri Shahril Mokhtar telah mengesahkan pemain kelahiran Gambia ini tiada dalam perancangan The Red Giants di musim hadapan.
Kalau sebelum ini, dikatakan Sumareh ‘tak ngam’ ke JDT sebab sudah ada pemain sayap kanan, Safawi Rasid di sana. Jadi, kini adakah mungkin ada tempat kosong untuk Sumareh dalam pasukan juara Liga Super 7 kali berturut-turut itu?
Namun, sekiranya andaian ini meleset, mungkin banyak pasukan lain yang cuba membuat pancingan hebat untuk mendapatkan pemain lincah ini.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.