
Nafas Baru Buat Pahang Rangers
On February 21, 2019 by WanSha
Suasana hangat Malaysian Professional Futsal League (MPFL) 2019 semakin terasa. Banyak pasukan yang telah mempersiapkan pasukan lebih awal.
Termasuklah pasukan di tangga ke-5 liga di Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2018 lalu. Menurut Muhammad Syahir Ab Aziz selaku bahagian pengurusan pasukan, pasukannya telah membuat persediaan bermula pada bulan 8 tahun 2018 lagi.
“Selepas berakhirnya LFK 2018, kami lakukan latihan secara berterusan”, katanya.
Dia turut memaklumkan tentang beberapa pemain yang dikekalkan dan penambahan beberapa pemain baru.
18 daripada 25 orang pemain merupakan anak jati negeri Pahang. Apa yang lebih menarik adalah pasukan mereka dibarisi 22 pemain muda dan 3 pemain senior yang beraksi pada musim lepas iaitu Akmarul Idris, Nurkhairi dan Shafiq Hamzah.
Dalam pada itu, baru-baru ini laman sosial rasmi Pahang Rangers telah mengumumkan mengenai penjenamaan semula nama pasukan daripada Kuantan Rangers menjadi Pahang Rangers.
“Pembaharuan nama ini dibuat bagi menghadapi MPFL 2019”, maklumnya.
Bagi memenuhi kepercayaan yang diberikan oleh persatuan negeri, Muhammad Syahir dan pasukan berhasrat agar dapat memberikan pencapaian yang terbaik dalam edisi pertama MPFL pada tahun ini.
“Kami sepasukan akan berusaha sehabis baik bagi membalas jasa dan kepercayaan yang diberikan Presiden Pahang FA (YAM Tengku Muda Pahang) dan Penegrusi Futsal Pahang FA (YAM Tengku Temenggong Pahang)”, luahnya selaku pengurus pasukan.
Bertanyakan mengenai target pasukan tahun ini, menurut Muhammad Syahir, mereka meletakkan sasaran untuk menjuarai liga MPFL 2019.
“Kami mengharapkan liga pada tahun ini diiktiraf oleh AFC. Sekaligus, mendapat slot bagi AFC Club Championships 2020”, ujarnya.
Kami mendoakan selamat maju jaya buat pasukan Pahang Rangers di MPFL 2019.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.