
UiTM Kekalkan Kejuaraan di Liga Futsal IPT 2018
On October 4, 2018 by WanShaBeberapa hari yang lalu, Liga Futsal IPT (LFIPT) 2018 melabuhkan tirainya. Liga futsal bagi fasa kedua ini telah berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
Kehangatan kejohanan ini dapat dirasai selama 6 hari iaitu 26 September hingga 1 Oktober lalu. Kejohanan ini disertai 8 pasukan di Liga Super dan 12 pasukan di Liga Premier.
Ianya menjadi lebih hangat apabila juara bertahan selama 4 tahun berturut-turut iaitu pasukan UiTM berjaya mengekalkan kedudukan sebagai juara LFIPT tahun ini.
UiTM tidak gentar hadapi lawan dengan membuktikan 6 menang dan 1 kalah dalam 7 perlawanan yang dihdapi mereka dengan pungutan mata sebanyak 18 mata.
Manakala, Politeknik Malaysia terpaksa akur sebagai naib johan dengan perbezaan 2 mata dan diikuti pasukan UKM di tempat ketiga.
Di Liga Premier pula, KPTM Bangi mempersembahkan aksi yang cemerlang dengan catatan rekod 10 menang dan 1 seri dalam 11 perlawanan yang dihadapi sekaligus menobatkan pasukan mereka sebagai juara dengan pungutan mata sebanyak 31 mata.
Perbezaan 7 mata meletakkan UUM sebagai naib johan dan pasukan UTHM di tempat ketiga.
Foto : Liga Futsal IPT
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.