
Yazid Kamaruzuan Kembali Ke Australia Dengan Misi Lebih Besar!
On July 10, 2018 by FixoSelepas Khairul Effendy Bahrin mencipta nama di luar negara beraksi bersama pasukan SKN FC Kebumen di Indonesia kini giliran bekas rakan pasukannya di Melaka United musim lepas, Yazid Kamaruzuan.
Kali ini bukan kelab di Indonesia tetapi pemain futsal kebangsaan kita ini akan beraksi bersama kelab futsal di Australia pasukan Vic Vipers FC. Ini bukan kali pertama Yazid bermain bersama kelab di Australia. Sebelum menyertai Melaka United dan terkini Kuantan Rangers, Yazid pernah bermain bersama kelab Cambio Cumbre FC di sana.
Walaupun hanya dipinjamkan kepada pasukan Vic Vipers FC, namun misi Yazid bersama pasukan ini agak besar kerana mereka akan beraksi di Kejohanan Kelab AFC 2018 yang akan berlangsung di Indonesia awal Ogos depan.
Yazid yang akan muncul pemain Malaysia pertama bermain dalam Kejohanan Kelab AFC ini difahamkan telah berlepas ke Australia selepas 2 perlawanan Liga Futsal Kebangsaan hujung minggu lalu. Dia sempat membantu pasukan Kuantan Rangers membawa pulang 4 mata. Seri 3-3 dengan Kuala Lumpur dan menang 3-2 ke atas KL City FC.
All the best, Yazid!
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.