
Konsep Jersi Custom Mampu Membantu Sesebuah Pasukan Futsal
On May 31, 2018 by WanShaKita dapat lihat, terlalu banyak tertubuhnya pasukan-pasukan futsal tanah air yang bergerak aktif di kejohanan-kejohanan futsal. Tetapi, adakah anda tahu pemakaian jersi juga memainkan peranan penting dalam setiap pergerakan anda ketika beraksi?
Namun begitu, terdapat banyak jenis kualiti kain jersi yang dapat kita perolehi. Di sini, kami kemukakan kelebihannya untuk anda memiliki jersi pasukan yang berkualiti tinggi dan harga mampu milik. Jersi yang diperkatakan ini adalah ‘Jersi Custom/Sublimation’.
- Boleh menghasilkan reka bentuk/design tanpa had
Anda perlu tahu, jersi custom ini membolehkan anda mencipta sendiri design yang anda mahukan. Dengan cara ini, jersi anda tidak perlu lagi menampal huruf-huruf dan nombor pada jersi yang mampu mempengaruhi berat jersi anda sekaligus mengganggu anda ketika beraksi.
- Proses pewarna dan percetakan sublimation tidak meliputi serat atau pori-pori kain
Ini merupakan faktor penting dalam pembuatan jersi. Hal ini kerana, terdapat liang-liang udara pada jersi membuatkan pemakai merasa lebih selesa ketika bergerak dan beraksi sekali gus membuktikan bahawa jersi yang berkualiti memainkan peranan yang penting.
- Pengurusan dan percetakan jersi custom ini lebih mudah
Ramai yang tidak mengetahui tentang ini. Berurusan di antara pelanggan dan pihak pengurusan jersi amat penting bagi memudahkan kedua-dua pihak memahami kehendak pelanggan. Jadi, adalah lebih baik sekiranya pelanggan dapat berbincang secara bersemuka bagi memudahkan urusan masing-masing.
- Warna percetakan pada kain adalah tahan lama
Jersi ini dapat dibandingkan dengan jersi yang murah (pasar malam), semakin lama kita pakai, semakin pudar warnanya. Berbeza sekali dengan jersi custom/sublimation ini. Jersi sublimation ini tentunya tahan lama, warna yang tidak luntur dan kualiti kain jauh lebih baik.
Walaubagaimanapun, masih ramai yang tertanya-tanya, mengapa pasukan mereka perlu mempunyai jersi custom sendiri? Ini jawapan untuk anda!
- Identiti pasukan anda
Ketahuilah bahawa, jersi sesebuah pasukan merupakan lambang atau identiti pasukan anda. Orang lain mampu mengenali anda dengan hanya melihat pada jersi sahaja.
- Semangat berpasukan semakin meningkat
Dengan memakai jersi pasukan dan mempunyai lencana di dada membuatkan semangat untuk berjuang demi pasukan itu lebih tinggi.
- Kelihatan profesional
Percayalah, pasukan anda lebih kelihatan profesional di gelanggang dengan memakai jersi rasmi pasukan anda.
Namun begitu, adakah anda terfikir dengan pembuatan jersi yang menarik dan kreatif ini dapat menjana pendapatan pasukan/kelab anda. Bagaimana caranya? Tidaklah sesukar yang anda bayangkan.
Anda boleh contohi beberapa kelab futsal yang bertanding di LFK 2018 ini iaitu Kuala Lumpur dan Selangor United MPSJ. Mereka mempromosikan jersi-jersi mereka kepada peminat pasukan kelab mereka. Secara tidak langsung, ini dapat menjana pendapatan kepada pasukan kelab mereka.
Antara beberapa pelanggan yang membuat jersi custom/sublimation:
Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.