
Yazid Kamaruzuan: Semangat Baru Di Pasukan Kuantan Rangers
On April 6, 2018 by WanShaYazid Kamaruzuan yang berusia 26 tahun beraksi cemerlang bersama Kuantan Rangers pada musim ini. Menurut Yazid, Kuantan Rangers sebuah pasukan yang menuju ke arah pasukan yang profesional melingkupi sistem pengurusan yang baik dan kontrak yang lama (12 bulan).
Yazid yang mempunyai rupa paras seperti ‘mat saleh’ ini pernah beraksi bersama Melaka United musim lalu. Dia juga membantu Melaka United menjadi juara keseluruhan liga.
Selain itu, Yazid juga pernah bersama skuad kebangsaan dan beberapa kejohanan termasuk Sukan Sea 2017 lalu.
Menurut pemain diposisi ‘ala’ ini, pasukan Kuantan Rangers dibarisi dengan separuh pemain muda dan separuh lagi pemain yang berpengalaman. Oleh hal yang demikian, mereka membantu antara satu sama lain bagi memastikan pasukan mereka berada di kedudukan yang baik dalam liga.
“Saya harap, saya dapat membantu pasukan saya pergi sejauh mana yang mampu”, katanya ketika ditemu bual.
Kami di Arena Futsal Malaysia ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Yazid Kamaruzuan dan Kuantan Rangers di LFK 2018!
https://www.instagram.com/p/BhOGtCClZh-/?hl=en&taken-by=arenafutsalmalaysia
Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.