Felda United, Pahang dan Melaka Unggul Di Minggu Pertama LFK 2017
On February 14, 2017 by FixoSeperti dijangkakan tiga pasukan pilihan di LFK 2017 iaitu Felda United, Pahang dan Melaka berjaya membawa pulang 6 mata penuh pada minggu pertama tempoh hari.
Juara bertahan Felda United bermula garang apabila menewaskan pendatang baru KL TPD dengan jaringan 10 – 2 sebelum mengenepikan cabaran pasukan T-Team dengan kemenangan 6 – 2.
Bagi pasukan Pahang dan Melaka seperti kita tahu mereka berbelanja besar untuk mendapatkan beberapa pemain berpengalaman untuk menguatkan pasukan masing-masing.
Ternyata kehadiran beberapa pemain pengalaman di pasukan Pahang dan Melaka berjaya membantu pasukan mereka membawa 6 mata penuh sekaligus mengekori rapat pasukan Felda United.
Bagi kategori wanita, Felda United turut mengikut jejak pasukan lelaki apabila mereka mengekalkan rekod kemenangan seratus peratus di minggu pertama dan mengungguli carta LFK 2017.
Pasukan wanita Felda United tidak memberi peluang buat pasukan ATM apabila mereka membelasah pasukan itu dengan jaringan 14-0. Namun bagi perlawanan kedua mereka pasukan kendalian Rozmin Musa ini menghadapi tentangan sengit pasukan Perak namun dua jaringan pemain kebangsaan Norhawa Md Yasin berjaya membantu pasukan Felda United menang tipis 4-3 ke atas perak.
Bagi minggu kedua ini hanya kategori lelaki sahaja akan dipertanding manakala bagi kategori wanita akan bersambung pada minggu hadapan.
Berikut merupakan kedudukan terkini LFK 2017 selepas minggu pertama.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.