
Kami Akan Buat Sebaik Mungkin – Fadzil Karnim
On February 11, 2017 by FixoPasukan KL City berjaya mengejutkan orang ramai apabila mereka berjaya melayakkan pasukan ke LFK 2017 yang akan bermula hari ini.
Jika melihat ke atas prestasi pasukan ini ketika pusingan kelayakan tempoh hari ternyata pasukan ini mempunyai satu aura yang berbeza dengan kehadiran pemain-pemain muda dan beberapa pemain senior yang memperkuatkan pasukan ini.
Menurut ketua pasukan KL City FC iaitu Fadzil Karnim atau lebih dikenali dengan panggilan adik, persediaan pasukan ini sejak dari pusingan kelayakkan lagi mereka sudah bersedia.
“Kami sudah melakukan persediaan yang sangat rapi dan insentif. Kesemua pemain telah mengikuti latihan bukan sahaja dari segi tektikal malah kami perlu mengikuti latihan fitness dan diet plan yang telah ditetapkan oleh pegawai untuk menghadapi perlawanan di LFK kali ini” kata Fadzil.
Untuk perlawanan pertama KL City akan menentang pasukan Melaka United. Menurut Fadzil agak sukar untuk pasukan baru seperti yang mempunyai banyak pemain muda untuk beraksi menentang pasukan Melaka yang mempunyai banyak pemain kebangsaan.
“Bagaimanapun kami tetap akan menunjukkan aksi terbaik menentang Melaka United esok. Kami hadir ke LFK ini dengan niat untuk belajar dan memberikan saingan yang kuat kepada kesemua pasukan. Kami faham proses pembelajaran itu pasti akan ada kegagalan namun kami sudah bersedia untuk menghadapi segala cabaran di LFK,” tegas Fadzil.
Semoga berjaya buat pasukan KL City FC.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.