
MBPP Sudah Bersedia!
On February 10, 2017 by FixoSukar untuk kita lihat pasukan dari Pulau Pinang beraksi di Liga Futsal Kebangsaan. Beberapa musim ketiaadaan pasukan dari Pulau Pinang akhirnya mereka kembali pada musim ini apabila pasukan futsal Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan membawa cabaran di LFK 2017 yang akan memulakan tirainya esok.
Pasukan MBPP yang tampil bergaya di pusingan kelayakan tempoh hari merupakan pasukan pertama layak ke LFK 2017 diikuti pasukan KL Petaling Putra dan KL City.
MBPP akan bertemu pasukan Melaka di perlawanan pertama esok dan bagi perlawanan kedua mereka akan bertemu pasukan Perak.
Menurut ketua pasukan MBPP yang tidak asing lagi dalam arena futsal Malaysia iaitu Zubaidi Alwee, beliau berharap pasukannya akan memberikan saingan terbaik di LFK 2017 sekurang-kurangnya menjadi 5 pasukan terbaik untuk percubaan pertama mereka ini.
“Setakat ini kesemua perancangan berjalan dengan lancar, kami sudah melakukan persediaan rapi bagi menghadapi LFK 2017 ini. Walaupun kehilangan 2 tonggak utama yang membantu MBPP di pusingan kelayakan tempoh hari, saya percaya pemain lain mampu mengisi kekosongan tersebut”, katanya.
Tambahnya lagi, Pasukan Felda United, Melaka dan juga Pahang antara pasukan terkuat yang akan memberikan saingan di LFK 2017 kali ini.
Ketiadaan beberapa pasukan yang menarik diri membuatkan pool player semakin banyak dan menarik perhatian ketiga-tiga pasukan berikut untuk mendapatkan pemain terbaik di Malaysia.
Bagaimanapun kehadiran pasukan MBPP ini pasti akan membawa sinar baru dan harapan penyokong dari Pulau Pinang. Semoga berjaya buat mereka.
Perlawanan MBPP Minggu Ini :
11 Februari 2017
Melaka vs MBPP
12 Februari 2017
Perak vs MBPP
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.