Pelbagai spekulasi yang masih menjadi tanda tanya peminat mengenai arena futsal Malaysia.

Antaranya adalah bila Liga Futsal Kebangsaan akan bermula? Desas desus mengatakan bahawa Liga ini akan bermula pada bulan januari akan datang ini namun baru baru ini juga pihak AFF telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Kejohanan AFF Futsal 2016 akan diadakan pada Januari depan.

Sudah pasti Liga Futsal Kebangsaan akan ditangguhkam lagi sama ada bermula pada februari ataupun pertengahan tahun boleh menjadi kenyataan.

Apa yang pasti liga futsal kebangsaan tetap perlu diadakan tahun hadapan.

Kini sudah memasuki bulan november dan 2 bulan menjelang tahun baru dan sudah pasti setiap pasukan kini giat mempersiapkan pasukan dari barisan kejurulatihan dan juga pemain.

996587_10200668068397385_910859847_n

Saban tahun pasti akan ada berita berita mengejut mengenai barisan pemain yang disambar pasukan masing-masing.

Namun untuk musim akan datang ini satu lagi berita mengejut yang akan membuat sejarah pertama kali buat arena futsal malaysia apabila kedengaran desas desus apabila ada pasukan yang membuat kejutan apabila bakal menyambar jurulatih asing.

Jika benar ia merupakan sejarah pertama kali apabila pasukan futsal tempatan melantik jurulatih asing sebagai tenaga pengajar.

Antara jurulatih asing yang pernah berbakti di Malaysia sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan iaitu Vic Hermans, Silvio Machado dan juga Marcelo Serpa.

Kredit foto : Sufian Abdullah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top