
19 September : Fasa 1 Latihan Pusat Skuad Kebangsaan
On September 15, 2016 by Wak FaizalPersiapan skuad futsal kebangsaan bagi menghadapi Kejuaraan Futsal AFF 2016 di Bangkok bermula pada 19 September nanti apabila ketua jurulatih yang baru, Chiew Chun Yong telah menyenaraikan 20 orang pemain bagi menjalani latihan pusat sesi pertama.
Terdapat 8 muka lama dikekalkan bagi sesi latihan pusat ini antaranya ialah Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin, Azrul Hadee Mohd Taufiq, Mohd Firdaus Razali serta Saiful Nizam Mohamad Ali dan beberapa orang lagi pemain yang beraksi di Uzbekistan tempohari.
Sesi yang pertama kali diadakan selepas tamat saingan Kejuaraan Futsal AFC 2016 pada Februari lalu itu juga turut menampilkan beberapa muka baru yang dirasakan Chiew Chun Yong mampu untuk menggalas tanggungjawab pada kejohanan yang akan bermula 31 Oktober hingga 6 November itu. Pemain tersebut adalah seperti Muhammad Razin B. A.Rahim, Muhammad Awaluddin B. Hassan dan Syafiq B. Hamzah.
Kehadiran semua pemain KL Felda United, Muhammad Ali B. Mahat turut mencuri tumpuan setelah lama tidak menyaksikan kelibat beliau dalam kancah antarabangsa.
Latihan pusat fasa pertama ini akan bermula 19 hingga 28 September manakala sesi kedua pula menyusul sehari kemudian dan berlanjutan hingga ke 5 Oktober. 18 orang pemain akan disenarai pendek bagi menyertai fasa kedua tersebut.
Manakala siri perlawanan persahabatan luar negara akan diadakan bermula 6 hingga 10 Oktober dan dijangkakan skuad negara akan mengadakan siri perlawanan persahabatan di Indonesia.
Berikut adalah senarai pemain yang terpilih bagi menyertai latihan pusat fasa pertama di Wisma FAM :
1) Azrul Hadee B. Mohd Taufiq
2) Saiful Nizam B. Mohamad Ali
3) Mohd Azwan B. Ismail
4) Muhammad Azri B. Rahman
5) Mohamad Ali B. Mahat
6) Muhammad Awaluddin B. Hassan
7) Mohd Khairul Effendy B. Mohd Bahrin
8) Mohd Syafiq B. Hamzah
9) Saiful Aula Bin Ahmad
10) Mohd Firdaus B. Razali
11) Muhammad Shamsul Akmar B. Zamri
12) Syed Aizad Daniel B. Syed Nasir
13) Muhammad Aidil Shahril B. Rosli
14) Mohd Ridzwan B. Bakri
15) Mohd Iftitah B. Ahmad
16) Muhammad Hazeerin B. Mohammad Ali
17) Mohd Azrul B. Mohamad Hairun
18) Muhammad Razin B. A.Rahim
19) Amar Ashraf B. Abu Bakar
20) Akmarulnizam B. Idris
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.