Rumusan Hari 2 MPFL 2022

Hari kedua Malaysia Premier Futsal League 2022 bermula dengan penuh kejutan dimana perlawanan pembukaan antara Negeri Sembilan dan Selangor MAC berakhir dengan kemenangan pasukan tuan rumah.

Navin Das membuka gol pertama seawal minit ke 2 dan Sufri Syamil pada minit ke 15 sebelum Selangor bangkit dengan 2 gol hasil jaringan Syed Aizad dan juga Matheus.

https://www.instagram.com/p/CYwE9IMP7ut/?utm_medium=copy_link

Selangor yang hampir menamatkan perlawanan dengan keputusan seri terpaksa akur dengan jaringan saat akhir Sufri Syamil sekaligus perlawanan berakhir dengan keputusan 3-2 berpihak kepada Negeri Sembilan.

Perlawanan kedua untuk hari ini berpihak kepada Pahang Rangers yang gah menewaskan Pulau Pinang dengan keputusan 4-1.

Gol Pahang Rangers dijaringkan oleh Ridzwan Bakri, Yazid Kamaruzuan, Awaluddin dan Farhan Khairul Anuar sementara Iqmal Najmie menjaringkan gol tunggal untuk Pulau Pinang.

Seterusnya, Terengganu yang tewas semalam dapat bangkit untuk meraih 3 mata pertama mereka selepas menewaskan Kedah dengan jaringan 2-1.

Anwarullah Alias muncul wira Terengganu dengan jaringan kemenangan oleh dia pada minit ke 38.

Perlawanan terakhir antara TRW Kelantan dan ATM pula berpihak kepada pasukan Kelantan yang menewaskan ATM dengan keputusan 5-3.

Mata penuh untuk Kelantan selepas mereka meraih 1 mata semalam.

Berikut merupakan jadual perlawanan hari ketiga esok:

Selangor MAC vs Kuala Lumpur – 10.30am

Selangor TOT United vs PDRM – 3pm

Shah Alam City vs KL City – 5.30pm

KPT-PST Mustangs vs Perak – 8.30pm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top