Stadium dah boleh masuk 2021 tapi tidak untuk golongan berisiko. Ini senarai golongan berisiko tinggi.
On December 23, 2020 by Wak PivotSeperti semua sedia maklum, Jumaat lepas Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengesahkan sektor sukan dan rekreasi akan dibenarkan seperti biasa bermula 1 Januari depan dan perlu mengikut SOP yang ditetapkan.
Beliau juga telah membenarkan kejohanan tempatan untuk dilangsungkan serta kehadiran penonton di stadium mendapat lampu hijau jika kawasan kejohanan itu diklasifikasi dalam kawasan hijau. Hanya dibenarkan 10% peratus penonton atau maksimum kapasiti sebanyak 4,000 penonton.
Berita ini semestinya mendapat reaksi positif daripada semua pihak termasuk penganjur liga bola sepak kita, Malaysian Football League (MFL). Menurut temu bual Harian Metro bersama Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, beliau akan memastikan kebenaran penonton hadir ke stadium ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin.
Untuk memastikan kelancaran perlawanan dan keselamatan semua pihak, MFL akan mengenakan SOP yang ketat bagi memastikan tiada kluster daripada Liga Malaysia antaranya adalah tidak membenarkan golongan berisiko tinggi untuk memasuki stadium.
“Sudah tentu kemungkinan golongan berisiko tidak dibenarkan memasuki stadium dan hanya individu tertentu saja boleh berbuat demikian sebaik venue dibuka kepada orang ramaiā.
Kuota penonton nanti juga berkemungkinan besar hanya akan diberikan kepada penonton/penyokong pasukan tuan rumah sahaja bagi mengelakkan berlakunya rentas negeri secara besar-besaran daripada penyokong pelawat.
Kalau menurut Kementerian Kesihatan Malaysia antara golongan berisiko tinggi adalah warga emas, kanak-kanak, pesakit dengan penyakit kronik dan juga wanita hamil.
Harap semua yang akan terlibat nanti terutama penonton berikan kerjasama sebaik mungkin kepada barisan pengurusan stadium. Ikuti SOP dan jika anda salah seorang daripada golongan berisiko atau rasa tidak sihat elakkan daripada hadir ke stadium.
Jangan risau perlawanan bola sepak semua pasti akan ada siaran langsung dibawakan oleh Unifi nanti.
Ini bola sepak kita, kita jaga kita.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.