
100 peratus pemain tempatan. Ini bintang baru yang dikaitkan dengan PJ City FC?
On December 3, 2020 by Wak GoleiroMisi baru untuk PJ City FC untuk menghadapi musim ketiga mereka di pentas Liga Super dengan kehadiran ketua jurulatih baru P. Maniam.Nama yang bukan asing lagi di Selangor kerana lama dia bersama pasukan Selangor sebagai pemain, pembantu jurulatih dan ketua jurulatih. Sebelum P. Maniam sertai pasukan PJ City FC dia merupakan ketua jurulatih pasukan kebangsaan B-16 tahun.
Apa yang menarik dengan tugasan baru P. Maniam adalah dia perlu menyediakan pasukan yang menggunakan 100 peratus pemain tempatan musim depan.

Maknanya, pemain-pemain import musim ini seperti Elizeu, Demba Camara, Kim Bong-Jin, Anawin Jujeen dan penjaring terbanyak pasukan Washington Brandao tidak disambung kontrak mereka.
P. Maniam dijangka mengekalkan hampir 60 peratus pemain tempatan sedia ada dan bakal membawa masuk beberapa pemain untuk memperkuatkan pasukan. Dia juga bakal memberi peluang kepada pemain muda daripada skuad presiden untuk berlatih bersama dan akan diserap ke skuad utama jika mereka dapat menunjukkan sesuatu.
Berdasarkan pemerhatian kami di laman sosial yang rancak dengan berita perpindahan pemain ini ada beberapa nama yang dikaitkan dengan pasukan berpengkalan di Petaling Jaya ini.
Ini antara senarai pemain-pemain yang mungkin akan menjadi bintang baru pasukan ini:
Ahmad Khairul Anwar – Perak
Raffi Nagoorgani – Penang
Rawilson Batuil – Sabah
Syahmi Zamri – Felda United
Fandi Othman – Kuala Lumpur
Norshahrul Idlan Talaha – Bg Pathum United
Zaquan Adha – Kedah
Darren Lok – Terengganu
Dengan ketiadaan penyerang Washington Brandao dan Safee Sali yang juga bakal berhijrah ke pasukan lain kami pasti misi utama PJ City FC untuk mencari pemain di posisi penyerang.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.