

PRFC B: Pentas Pembangunan Bakat Muda Pahang
Pahang Rangers FC B (PRFC B) merupakan pasukan pembangunan baharu yang ditubuhkan oleh Pahang Rangers FC, salah satu kelab futsal paling berjaya di Malaysia. Penubuhan PRFC B bukan semata-mata untuk menyertai Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) Divisyen 2, tetapi sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang kelab untuk memperkukuh pembangunan bakat tempatan dan memastikan kesinambungan prestasi…

PFA Odin Sarawak Tampil Dengan Skuad Muda, Fokus Bina Pasukan Masa Depan
Pasukan dari Sarawak, PFA Odin Sarawak, tampil dengan pendekatan berani menjelang saingan MPFL Divisyen 2 musim 2025 apabila mereka melakukan perubahan besar dalam struktur pasukan dengan memberi tumpuan penuh kepada pembangunan pemain muda. Musim ini, hanya 20 peratus pemain lama dikekalkan, sementara selebihnya diisi oleh barisan pemain baharu yang rata-ratanya berumur bawah 23 tahun. Pendekatan…

Negeri Sembilan United Sandarkan Bakat Tempatan, Sasar Top 5 MPFL Divisyen 2 2025
Pasukan Negeri Sembilan United (NSU) tampil lebih bersedia untuk menghadapi musim MPFL Divisyen 2 2025 dengan struktur pasukan yang lebih tersusun serta fokus jelas terhadap pembangunan bakat tempatan. Menurut kenyataan pasukan, persiapan kali ini berjalan lancar dengan segala urusan latihan dan pengurusan dipermudahkan. Latihan pra-musim dimulakan seawal Januari 2025 bagi memberi ruang kepada pemain memperbaiki…

Derbi Kelantan: Pertembungan Sengit Kelantan FT dan USMKK FC di Pembukaan MPFL Divisyen 2 2025
Musim baharu Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) Divisyen 2 2025 bakal menyaksikan pertembungan menarik antara dua pasukan dari Kelantan, iaitu Kelantan FT dan USMKK FC, dalam perlawanan pembukaan yang dijadualkan pada 24 Mei 2025. Pertemuan ini bukan sekadar aksi pembuka tirai, tetapi juga simbol kebangkitan futsal Kelantan selepas melalui pelbagai cabaran. Kelantan FT: Misi Pertahankan…

ATM Sudah Bersedia Dengan Ramuan Baru
Pasukan futsal Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kembali bersaing dalam saingan MPFL Divisyen 2 musim 2025 dengan membawa gabungan mantap pemain berpengalaman serta suntikan darah muda, termasuk dua pemain berbakat dari Kedah U19. Menurut pengurusan pasukan, mereka mengekalkan sebahagian besar pemain musim lalu dan menambah seramai enam pemain baharu dalam usaha memperkukuhkan skuad bagi musim ini….