Setelah dilantik sebagai pengurus baru Barcelona, Xavi yang juga bekas pemain kelab itu, hadir dengan pakej peraturan yang ketat dan bakal memberi impak kepada pasukan. Menurut sumber www.barcablaugranes.com untuk memastikan pencapaian yang di ingini Xavi percaya perlaksanaan ini bakal membantuk pasukanya itu.
Apakah peraturan-peraturan yang telah beliau umumkan adalah seperti berikut dapat dipatuhi oleh semua pemain?
1.Semua pemain harus tiba dipusat latihan satu setengah jam lebih awal
2.Pegawai pasukan harus tiba dua (2) jam lebih awal sebelum sesi latihan bermula.
3.Semua pemain diwajibkan makan hanya di Ciutat Esportiva (Pusat Latihan / Akademi Barcelona)
4.Denda bagi pemain / pegawai yang lewat dan denda akan berganda sekiranya kesalahan berulang.
5.Harus berada dirumah sebelum jam 12 malam dalam tempoh 48 jam sebelum hari perlawanan.
6.Pemain yang bakal bermain dinilai dari sesi latihan dan tiada kroni dalam urusan ini.
7.Sebarang aktiviti berisiko/ekstrem tidak dibenarkan sepanjang musim yang sedang berlangsung.
- Menjaga nama baik kelab
Dengan peraturan yang telah ditetapkan korang rasa akan ada pemain berstatus bintang meninggalkan Barcelona kerana peraturan ini?