
Tinggalkan Pahang Rangers, Farhan Khairul Anuar ‘Balik Kampung’?
On December 13, 2023 by Al-Zaim ArzamanBintang skuad kebangsaan, Farhan Khairul Anuar telah sah meninggalkan Pahang Rangers dan akan kembali ke negeri asal, Selangor.
Pahang Rangers ketika mengumumkan pemergiannya telah meletakkan ‘hint’ tentang pasukan baharunya iaitu di negeri asalnya. Titip laman Facebook mereka tentang status kontrak pemain tersebut, “..memilih untuk pulang ke negeri kelahirannya Selangor atas sebab peribadi.“
Umum mengetahui, Selangor adalah pusat kepada beberapa pasukan futsal antaranya Angkatan Tentera Malaysia (ATM), KPT–PST Mustangs, Kuala Lumpur dan tentunya tiga pasukan utama mereka, Selangor MAC (kini Selangor), Selangor TOT dan Shah Alam City.
Oleh itu, menjadi teka-teki ketika ini, pasukan mana yang akan disertainya selepas lima tahun memerah keringat di Pahang Rangers.
Jika melihat kepada statusnya sebagai pemain skuad kebangsaan, tentunya ramai akan menjangkakan ia adalah pasukan yang ternama di Selangor. Namun, sehingga kini, masih belum diumumkan lagi mengenai identiti pasukan yang bakal menjadi destinasinya selepas ini.
Sepanjang lima tahun di bumi Pahang, pemain yang mesra dipanggil Apan itu telah membantu skuad tersebut meraih kejuaraan Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) pada 2023 serta dua medal naib juara. Beliau telah membuat 61 penampilan dan meledak 17 gol peribadi.
Farhan merupakan pemain ke-6 yang diumumkan meninggalkan juara MPFL itu selepas Khaiyum Khaimi, Zulfathi Zubir dan Alif Mat Amin selain dua import yang beraksi cemerlang pada musim lalu, Sergio Jamur dan Amin Nasrollah Zadeh yang lebih awal berangkat pulang.
Melihat kepada kenyataan pengendali pasukan, Gerard Casas, beliau sudah menyatakan yang akan berlaku perubahan kecil kepada barisan pemain termasuklah kelibat pemain import baharu. Jadi, siapa yang bakal menjadikan Sukpa sebagai persinggahan terbaru musim depan?
Dan, ke mana pula destinasi Farhan untuk meneruskan momentum prestasinya selepas mencipta gemilang bersama Pahang Rangers?
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.