Skuad Futsal Vietnam Pilih Bahrain dan Thailand Destinasi Persediaan Sukan SEA 2021
On May 1, 2022 by Wak GoleiroSelaku tuan rumah Sukan SEA 2021, Vietnam pasti mahu mencapai sasaran untuk muncul juara keseluruhan dan sukan futsal antara yang berada dalam sasaran untuk menyumbang 2 pingat Emas. Untuk mencapai sasaran tersebut persediaan yang rapi boleh dikatakan sudah dilakukan mereka sejak awal tahun ini lagi bukan saja untuk pasukan lelaki malah wanita juga.
Untuk pasukan wanita futsal Vietnam mereka baru saja tamat siri perlawanan persahabatan di Bahrain. 4 perlawanan persahabatan dan skuad kendalian Truong Quoc Tuan meraih satu keputusan yang positif. Mereka mencatat 3 kemenangan dan 1 seri ke atas pasukan Bahrain dimana perlawanan terakhir Vietnam menang dengan keputusan 7-0.
Untuk pasukan lelaki pula, coach Pham Minh Giang membawa anak-anak buah dia untuk melakukan persiapan terakhir di Thailand. Seminggu di Thailand, Vietnam akan menghadapi 3 aksi persahabatan menentang pasukan Thai Port, Thammasat dan juga Navy. Selepas meraih tempat ketiga di AFF Futsal 2022, Vietnam tak tunggu lama dan mereka meneruskan persiapan sehingga hari ini.
Menurut ketua jurulatih, Pham Minh Giang mahu tampil dengan lebih garang di Sukan SEA nanti dan bermain sebagai tuan rumah pasti akan memberikan kelebihan buat mereka.
“Ada beberapa kelemahan yang barisan kejurulatih dapat kenal pasti ketika AFF seperti kekuatan fizikal dan ‘finishing ability’ tapi kami berjaya memperbaiki masalah itu ketika kem latihan pusat di Thai Son Nam Gym baru-baru ini dan ingin melihat kemampuan para pemain ketika ujian di Thailand nanti.”
Di edisi sebelum ini Vietnam menamatkan saingan di tempat ketiga untuk pasukan lelaki sementara tempat kedua untuk pasukan wanita. Semestinya di Sukan SEA 2022 selain Thailand mahupun Indonesia, Vietnam akan menjadi pencabar utama Malaysia.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.