
Senarai 20 Pemain Yang Akan Menyarung Jersi Selangor TOT
On January 3, 2022 by Wak FotoSelangor TOT pasukan baru yang bakal membuat penampilan pertama di Malaysian Premier Futsal League 2022 selepas edisi lepas dibatalkan.
Walaupun bakal membuat debut nanti, pasukan ini dilihat sebagai pencabar utama bagi saingan musim ini dengan menampilkan barisan pemain yang berpengalaman untuk bersaing nanti. Berdasarkan pemerhatian majoriti pemain daripada musim lepas dikekalkan dan Selangor TOT membawa beberapa pemain baru untuk memperkuatkan pasukan antaranya, Shah Azman, Azrol Hairun dan Wan Abdul Raziq
Seramai 20 pemain telah disenarai akhir oleh ketua jurulatih, Mohammad Taufik Yaiyah dan dia bakal dibantu oleh Izuwan Hayat dan Faris Sidek selaku penolong jurulatih manakala bagi kem penjaga gol akan dilatih oleh Shazwan Abdul Razak.
Menurut Presiden pasukan Mohd Nizam Samsudin, dia yakin pasukan ini dapat memberikan aksi yang sengit nanti dan pihak pengurusan telah menetapkan sasaran untuk berada dalam kelompok 4 terbaik dalam penampilan pertama mereka.
Di sirkit pertama yang bakal bermula 14 Januari depan, Selangor TOT dijadualkan akan bertemu KPT-PST Mustangs dan Kuala Lumpur City.
Berikut merupakan senarai penuh pemain skuad Selangor TOT :
- Hazizi Bin Mansor
- Muhammad Aidil Shahril Bin Rosli
- Mulhim Muqri Bin Faisal
- Muhammad Hazreen Bin Mohd Ali
- Muhammad Amirul Bin Sugito
- Azlan Nasti Bin Azwar
- Muhammad Nurasyraaf Bin Mohamad Azle
- Ahmad Azim Bin Mohammad
- Mohd Noor Azrin Bin Adnan
- Muhammad Addli Bin Che Husin
- Muhammad Hazwan Bin Abdullah
- Helmi Imran Bin Mohd Nor
- Muhammad Taufik Bin Abdul Wahab
- Muhammad Shamil Bin Azmi
- Muhammad Farhan
- Muhammad Huzaifah Bin Mohd Said
- Wan Abudl Raziq Bin Wan Zulhasmi
- Mohd Azrol Bin Mohamad Hairun
- Shah Azman Ekmal Bin Saleh
- Muhamad Imran Khairi Bin Abdullah
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.