Juara Malaysian Futsal Premier League musim pertama bakal menganjurkan Selangor MAC Futsal League bagi kategori Bawah 17 dan Bawah 16 tahun.
Liga ini bakal berlangsung pada 20-24 Disember depan di Panasonic Sports Complex dan bakal menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik bawah umur terutama di sekitar Lembah Klang. Hanya 6 pasukan sahaja untuk setiap kategori yang akan bertanding nanti.
Satu inisiatif yang baik daripada pasukan ini dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Selangor dalam usaha mereka untuk mencari bakat-bakat muda yang baru yang boleh diserap ke pasukan utama satu hari nanti memandangkan saingan MPFL mewajibkan setiap pasukan untuk mendaftar 3 pemain bawah 19 tahun.
Ini bukan kali pertama mereka menganjurkan sebelum ini juga mereka pernah melakukan inisiatif ini dan mereka telah memilih pemain-pemain terbaik untuk mewakili Selangor MAC Jr yang bermain di liga sosial.
Tahniah dan semoga berjaya Selangor MAC!