Belum sempat untuk melihat pasukan Sabah beraksi di Malaysian Premier Futsal League, kita dikejutkan dengan khabar berita pasukan ini telah dibubarkan.
Ini berdasarkan perkongsian jurulatih dan beberapa pemain di laman Instagram mereka yang mengucapkan terima kasih buat Sabah Futsal yang baru sahaja ditubuhkan semula.

Sabah yang sepatutnya bermain di MPFL 2021 yang telah dibatalkan dijangka menjadi salah satu pesaing utama yang baru nanti. Dengan kehadiran jurulatih daripada Indonesia Wahyu Kocoy serta Adi Lesmana.
Malah kehadiran pemain import berpengalaman dari Brazil, Xapa menjadi faktor utama pasukan ini bakal menjadi pasukan pilihan dengan barisan pemain tempatan lain seperti Yazid Kamaruzuan, Awaluddin Hasan, Shamar Fadzil, Iqhmal, Muhammad Syawal dan juga bekas pemain kebangsaaan Afif Najmi yang membuat penampilan semula di arena futsal.
Apa yang menjadi persoalan ketika ini apakah status terkini pasukan ini. Selepas jurulatih dan pemain membuat kenyataan adakah pasukan ini bakal hadir dengan pemain serta pengurusan baru?
Ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selaku badan penganjur telah menerima borang penyertaan Sabah Futsal bagi saingan Malaysian Premier League 2022?
2 bulan lagi sebelum MPFL 2022 bermula? Apa jadi dengan pasukan Sabah Futsal?