Rumusan Hari 1 MPFL 2022

Hari pertama Malaysia Premier Futsal League 2022 berlangsung dengan baik di mana 4 perlawanan tamat dengan 26 gol berjaya dijaringkan.

Perlawanan pembukaan MPFL 2022 pada pagi tadi antara Kedah dan TRW Kelantan FC berakhir dengan jaringan 3-3. Kedah membuka jaringan gol terlebih dahulu menerusi satu rembatan padu Fakhrul Islam daripada sepakan percuma di luar kawasan D.

Walaupun ketinggalan sebanyak 2 kali, Kelantan yang mendapat sentuhan coach Qusmaini berjaya bangkit untuk mengikat Kedah dan berkongsi 1 mata penting di perlawanan pembukaan mereka.

Selain itu, dua lagi perlawanan turut menyaksikan kebangkitan antara bermula dengan pasukan KL City FC yang ketinggalan 0-3 dan mereka berjaya bangkit meraih kemenangan 4-3 ke atas Terengganu.


Selepas itu, PDRM turun bertemu Shah Alam City dan perlawanan berpihak kepada pasukan kendalian Addie Azwan dimana mereka tenang untuk bangkit menang 6-3.

Perlawanan terakhir di hari pertama sebentar tadi pasukan Kuala Lumpur terpaksa akur tewas kepada Selangor TOT United dengan keputusan 1-3.

Berikut merupakan jadual perlawanan untuk hari kedua esok:

Negeri Sembilan vs Selangor – 10.30 Pagi
Pahang Rangers vs Pulau Pinang – 3 Petang
Terengganu vs Kedah – 5.30 Petang
TRW Kelantan vs ATM – 8.30 Malam



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top