
Petanda Baik untuk peminat bolasepak/futsal Pahang?
On November 13, 2020 by WanShaMelalui akaun rasmi Facebook Johor Southern Tiger atau JDT, semalam, mereka menerima kunjungan delegasi daripada Pahang yang diketuai oleh KDYMM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Pemangku Raja Pahang.

Kunjungan delegasi tersebut diiringi oleh Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim di Johor Bharu bertujuan meninjau Pusat Latihan JDT di Padang Seri Gelam dan Ibu Pejabat JDT. Berdasarkan gambar yang dikongsikan, mereka turut melawat gelanggang JDT dan Stadium Sultan Ibrahim yang telah dibuka secara rasmi sejak bulan Februari lepas.
Namun, ia dikatakan tidak berkait dengan urusan rasmi Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) malah ianya untuk pembangunan dalam pasukan Pahang Rangers FC yang dimiliki oleh YAM Tengku Fahd Mua’adzam ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Tengku Arif Temenggong Pahang.
Tapi, korang perasan tak pada sekitar tahun 2016 Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pernah ke Johor Bharu. Namun, ianya bukanlah lawatan rasmi seperti delegasi PRFC. Mungkin, sekadar ‘lepak-lepak’.

Pada tahun 2018, dengan kemelut yang berlaku terhadap pasukan yang memiliki kejuaraan 33 kali ini, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah mengambil alih pasukan The Red Giants dan membuat rombakan sepenuhnya.
Setelah penswastaan pasukan baru-baru ini, Selangor FC milik Raja Muda Selangor, Tengku Amir selaku pemegang saham utama, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Menteri Besar Incorporated (MBI) dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).
Jadi, dengan kunjungan delegasi Pemangku Raja Pahang ke sana, adakah itupun tanda-tanda KDYMM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan mengambil alih pentadbiran pasukan Sri Pahang FC? Atau Pahang Rangers yang kini antara pasukan terkemuka dalam sukan futsal tanah air bakal menghasilkan sesuatu dalam sukan bolasepak?
Sekiranya ia adalah tekaan yang tepat, mungkin akan berlaku perubahan dalam pasukan tersebut dalam aspek pengurusan, fasiliti latihan dan sebagainya selaras dengan penswastaan kelab.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.