Permukaan Baru Futsal Undang Risiko
On July 29, 2017 by FixoBagi mengelak risiko kecederaan, jurulatih skuad futsal wanita negara, Muizzuddin Haris, menasihatkan anak buahnya agar berhati-hati berlatih di gelanggang baru di Kompleks Sukan Panasonic menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur, bulan depan.
Kompleks Sukan Panasonic di Shah Alam akan menjadi gelanggang rasmi bagi acara futsal dalam temasya dwitahunan itu nanti.
Sememangnya, venue itu sudah bersedia sepenuhnya untuk penganjuran perlawanan kompetitif selepas gelanggang di situ dinaik taraf mengikut spesifikasi antarabangsa.
Begitupun, pemain-pemain seharusnya berwaspada memandangkan permukaan gelanggang yang kasar boleh mendatangkan kecederaannya, sekaligus boleh menyebabkan pemain berputih mata terlepas aksi Sukan SEA nanti.
“Permukaan parquet sebelum ini telah digantikan dengan jenis ’tile flat’.
“Permukaannya agak keras, mungkin disebabkan masih baru, tetapi kami terpaksa menggunakannya untuk membuat persiapan awal (Sukan SEA),” ujarnya.
Bagi tonggak futsal wanita kebangsaan, Farahiyah Ridzuan, dia masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan permukaan itu.
“Memang permukaan baru ini agak keras sedikit dan kami tidak begitu selesa.
“Bagaimanapun, kami tidak berdepan masalah,” katanya.
Skuad futsal wanita negara giat menjalani latihan hari ini dengan senarai akhir 14 pemain akan diumumkan pada 3 Ogos nanti.
Mereka kemudian akan berentap dengan China bagi dua perlawanan persahabatan antarabangsa pada 12 dan 13 Ogos ini.
Tambah Muizzuddin: “Memang aksi persahabatan yang diatur agak terlalu dekat dengan Sukan SEA, namun saya berasakan ini adalah kemuncak untuk pemain bersedia menghadapi Sukan SEA.”
Artikel oleh : Stadium Astro/Astro Arena
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.