
Kesan Covid19 Kepada Futsal
On November 1, 2020 by WanShaApa khabar Arena Futsal Malaysia? Harap semua dalam keadaan baik. Macam kita tahu situasi sekarang sejak Mac lalu, aktiviti sukan outdoor mahupun indoor tidak dibenarkan.
Walau ianya telah mengecewakan orang ramai lebih-lebih lagi pencinta futsal dan bola sepak tanah air, peraturan yang diberikan terpaksa dituruti.

Setelah beberapa bulan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penggemar sukan futsal serta bola sepak kembali beraksi. Mereka berjaya melepaskan gian masing-masing setelah PKP tidak lagi diteruskan.
Hari ini, ianya kembali ke asal untuk beberapa buah negeri iaitu Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan beberapa daerah di seluruh negeri.
Photo : Majlis Keselamatan Negera
Sepanjang PKP dilaksanakan sehingga hari ini, apakah kesan yang dihadapi oleh pengusaha gelanggang futsal dan sektor lain serta bagaimana penganjuran yang telah diaturkan sejak awal?
Arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan wajib dipatuhi untuk kebaikan sejagat. Seperti yang sedia maklum, semua perlawanan seperti Malaysia Premier Futsal League(MPFL) yang diadakan julung kalinya serta liga amatur, satu antaranya Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2020 terpaksa dibatalkan.

Walaupun begitu, bola sepak turut terjejas meskipun TM Piala Malaysia 2020 diteruskan.
Namun, baru-baru ini telah di sahkan pasukan Sabah tidak akan dipertandingkan ekoran daripada peningkatan jangkitan Covid19. Mereka tidak mendapat pelepasan daripada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) di negeri itu.
Covid 19 memberikan kesan yang amat buruk kepada negara terutamanya dalam sektor ekonomi. Kebanyakan premis-premis perniagaan tidak dapat dijalankan. Rakyat dikehendaki melaksanakan tugasan di rumah, “work from home”.

Berita yang lebih mengejutkan lagi apabila akaun rasmi Sportizza mengumumkan penutupan gelanggang futsal cawangannya di Shah Alam. Pelbagai komen yang diberikan di posting dengan luahan kecewa.

Walau bagaimanapun, tetaplah berdoa agar Covid19 segera pulih. Jangan lupa ikut SOP!
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.