
Kejohanan AFF Futsal Tawar 3 Slot Ke Piala Asia Futsal
On January 6, 2022 by Wak PivotKejohanan AFF Futsal 2022 bakal menawarkan 3 slot ke AFC Futsal Asian Cup 2022 dan ini bakal menjadi kejohanan pertama buat skuad futsal negara tahun ini.
Kejohanan ini dijadualkan berlangsung pada 2-10 April depan dan Thailand akan menjadi tuan rumah. Tugas sukar buat skuad futsal negara kerana sudah lama para pemain tidak dikumpulkan dan beraksi di kejohanan boleh hampir 2 tahun berikutan COVID19.
Kempen MPFL 2022 menjadi yang akan bermula minggu depan sehingga Mac menjadi platform terbaik buat coach Chiew Chun Yong menilai para pemain yang boleh dipanggil untuk menyarung jersi kebangsaan nanti. Dengan tempoh persediaan yang boleh dikatakan pendek berikutan liga berlangsung, para pemain yang dipanggil nanti harus bersedia mental dan fizikal buat negara.

Bagi saingan kali ini ada 9 pasukan yang akan bertanding untuk merebut 3 slot tersebut. Sudah pasti kuasa besar ASEAN seperti Thailand, Vietnam dan Indonesia bakal menjadi pencabar utama nanti tapi Malaysia perlu berwaspada dengan pasukan lain.
Tidak lupa juga edisi kali pasukan Australia turut mengesahkan penyertaan mereka. Pencapaian terbaik Malaysia untuk kejohanan ini adalah meraih tempat kedua sebanyak 4 kali di edisi 2003, 2005, 2010, 2017 dan 2018.
Di edisi terkahir 2019, skuad negara menamatkan saingan di peringkat kumpulan. Semoga kejohanan ini menjadi permulaan yang baik buat skuad futsal negara untuk kita layak ke AFC Asian Cup 2022.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.