Jersi Manakah Menjadi Tarikan Anda?

Jersi antara satu keperluan yang digunakan oleh para pemain tidak kira sukan futsal mahupun sukan lain. Nilai sesuatu jersi itu amat berharga buat setiap pasukan apabila ia bukan sahaja membawa nama sesebuah pasukan malah ia membawa idenditi serta semangat kepada setiap pemain yang memakainya.

Jika melihat jersi pasukan yang digunakan ketika di AFF Futsal 2016. Rata-rata setiap pasukan memperagakan design jersi yang terbaru dan menarik untuk kita dapatkan.

Jom kami kongsikan jersi yang digunakan pasukan di AFF Futsal 2016.

Thailand

Pasukan tuan rumah Thailand memperagakan jersi terbaru mereka berjenama Warrix. Jika sebelum ini mereka tampil dengan jersi rekaan Grand Sport berwarna biru dan merah kini mereka tampil dengan lebih garang jersi bewarna hitam. Manakalah penjaga gol jersi berwarna gold.

Brunei Darussalam

Brunei Darussalam masih tampil dengan jersi berjenama Lotto namun dengan design yang terbaru dan menarik. Mempunyai dua set jersi satu serba lengkap kuning dan satu lagi serba lengkap putih.

Timor Leste

Jika sebelum ini pasukan Timor Leste tampil dengan jersi rekaan Mitre kini mereka tampil dengan jersi berjenama Narrow dari Indonesia. Agak menarik apabila Timor Leste menggunakan jenama baru pada kali ini.

Malaysia

Malaysia masih tampil dengan jersi daripada Nike dan mereka masih menggunakan design lama pada kali ini. Harap-harap untuk kejohanan akan datang pasukan Malaysia akan menggunakan design yang terbaru.

Myanmar

Pada musim lepas Myanmar menggunakan jersi berjenama Lotto namun pada kali ini mereka tampil dengan dua rekaan jersi dari jenama FBT. Satu serba merah dan satu lagi serba putih.

Laos

Pasukan Loas tampil di kejohanan ini dengan dua set jersi yang warnanya sangat jarang diguna oleh pasukan bola sepak mahupun futsal. satu set berwarna biru cair dan satu lagi berwarna pink. Mereka menggunakan jersi berjenama FBT.

Indonesia

Pasukan Indonesia masih menggunakan jersi berjenama Nike namun pada kali ini mereka tampil dengan design baru sedikit berbeza dari design yang lama. Mereka masih mengekalkan warna merah sebagai warna utama jersi mereka.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top