
Hidup Bola Milo Sirkit Kuala Lumpur
On October 18, 2018 by WanShaSabtu lalu berlangsungnya perlawanan Hidup Bola Milo Sirkit Kuala Lumpur bagi kategori Bawah 12 Tahun dan Bawah 16 Tahun.
Jumlah penyertaan bagi Bawah 12 Tahun sebanyak 60 pasukan manakala Bawah 16 Tahun sebanyak 103 pasukan.
Walaubagaimanapun, perlawanan ini merupakan perlawanan yang terakhir dimana pada minggu hadapan akan berlangsungnya perlawanan Grand Final Hidup Bola Milo.
Ianya akan disertai oleh 32 pasukan dari kedua-dua kategori iaitu bawah 12 tahun dan bawah 16 tahun.
Berbalik kepada Hidup Bola Milo Sirkit Kuala Lumpur minggu lalu, bagi kategori Bawah 12 Tahun pasukan Ally JR menunjukkan aksi cemerlang dengan mengalahkan pasukan RSJ JR A dengan jaringan 5-4 di separuh akhir dan RG JR dengan jaringan 4-0 di perlawanan akhir.
Manakala, di tempat ketiga bersama adalah pasukan RSJ JR A dan Puchong Rangers.
Dalam kategori ini, pemain terbaik telah diberikan kepada Mohd Zulhilmi Hanafiah manakala penjaga gol terbaik diberikan kepada Aiman Haziq Hakimi Bin Nawawi.
Bagi kategori Bawah 16 Tahun pula, perlawanan sengit di final antara dua pasukan menyaksikan pasukan Ally F berjaya menewaskan pasukan AFJ Monuha dengan jaringan 2-1 untuk dinobatkan juara di Kuala Lumpur.
Pemain terbaik dalam perlawanan ini diberikan kepada Mohd Alias Alan manakala penjaga gol terbaik dinobatkan kepada Muhamad Hanif Hamidan.
Keputusan penuh Hidup Bola Milo Kuala Lumpur:
Bawah 12 Tahun
Juara : Ally JR
Naib Juara : RG JR
Ketiga Bersama : RSJ JR A & Puchong Rangers
Bawah 16 Tahun
Juara : Ally F
Naib Juara : AFJ Monuha FT
Ketiga Bersama : Charo D & Fussa 606 JR
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.