Feroz Karnim: Sekadar Berkongsi Pengalaman
On March 8, 2018 by WanShaBekas pemain kebangsaan, Mohamad Feroz Bin Ab Karnim yang memulakan kariernya sebagai seorang pemain futsal pada tahun 2001 mewakili pasukan Kuala Lumpur.
Kemudian, pada tahun 2002 dia dipanggil untuk menyertai skuad negara yang dibimbing oleh jurulatih dari Brazil, Silvio Machado.
Oleh kerana minat yang mendalam terhadap futsal, Feroz Karnim sanggup meninggalkan bola padang yang diceburinya pada ketika itu, dia mewakili pasukan Telekom Melaka di Liga Perdana dibawah bimbingan Mat Zan Mat Aris.
Menurut Feroz Karmin, ketika itu futsal di Malaysia sedang meningkat naik dan mula dikenali di ASEAN.
“Setiap Kejohanan AFF tidak pernah mengecewakan apabila kami sentiasa dibelakang Thailand”, katanya.
Bagaikan kenangan yang terindah buat Feroz Karnim apabila Malaysia mencipta sejarah pada Sukan Sea 2007, setelah berjaya mendapat pingat perak dibawah bimbingan P. Balakrishnan.
Beliau mempunyai pendapat tersendiri mengenai perbezaan sukan futsal dulu dan kini. “Tidak dapat dinafikan futsal sekarang futsal moden yang memerlukan disiplin yang tinggi, fitness yang cukup, kepantasan, idea dan kekuatan dalam setiap individu”.
Feroz Karnim menamatkan kariernya pada tahun 2008 dan beralih arah ke bidang kejurulatihan pada 2009. Memulakan kariernya dalam bidang itu sebagai penolong jurulatih Selangor yang dibimbing oleh rakan sepasukannya dalam skuad negara, Addie Azwan Zainal, juga ketua jurulatih skuad futsal wanita negara kini.
Selain itu, dia juga pernah menjadi Penolong Jurulatih pasukan KLMK pada tahu 2016. Kemudian, di tahun yang sama dia menjadi ketua jurulatih skuad liga IPT Kolej Komuniti Johor dan mendapat tempat ke-3 keseluruhan.
Kini, dia banyak menjadi jurulatih skuad futsal amatur seperti pasukan PDRM, LHDN dan banyak lagi pasukan amatur.
Feroz Karnim menasihati pemain-pemain LFK terutamanya untuk teruskan perjuangan bagi mencapai tahap yang terbaik untuk diri sendiri dan pasukan yang diwakili agar dapat bermain lebih jauh dan bersaing untuk merebut tempat dalam skuad negara.
“Kepada pemain yang ketika ini mewakili negara janganlah terlalu megah dengan status sahaja, harus bekerja keras dan meningkatkan usaha untuk terus maju ke depan kerana masih ramai lagi yang mengejar anda dari belakang untuk mendapatkan tempat dalam skuad”, nasihat Feroz Karmin.
Walaubagaimanapun, dia berharap agar pihak FAM dapat membuat 1 perubahan pada liga yang sedia ada agar ianya lebih kompetetif. Ianya adalah untuk kebaikan skuad negara.
“Bayangkan dengan liga 3 bulan sahaja skuad negara mampu mencapai tahap seperti masa kini. Tidak mustahil sekiranya FAM lakukan liga yang lebih kompetetif dalam masa terdekat pasukan negara mampu pergi lebih jauh kehadapan”
“Wujudkan liga LFK U21 untuk membantu dan menjadi aset kepada skuad senior”, katanya sekadar memberi pendapat.
Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.