FAM umumkan tarikh Baru saingan Malaysia Premier Futsal League
On October 15, 2021 by Wak Pivot2 hari lepas berlangsungnya Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Futsal & Bola Sepak FAM yang diketuai Naib Presiden FAM, Datuk Seri Haji Rosmadi yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Futsal & Bola Sepak Pantai FAM.
Berdasarkan perkongsian di laman rasmi Facebook FAM, antara perkara yang dibincangkan semestinya mengenai Malaysia Premier Futsal League yang sudah 2 tahu dibatalkan.
Difahamkan 8 Januari 2022 bakal menjadi tarikh yang dipersetujui untuk memulakan saingan musim baru Malaysia Premier Futsal League. Itu bagi kategori lelaki sementara wanita bakal bermula pada 5 Februari.
Kita harap kali ini FAM mengambil serius tentang penganjuran ini dan perlu ada pelan tambahan jika berlaku perkara yang tidak diingginkan. Kerana nampak kita sudah ketinggalan selepas Thailand sudah memulakan liga baru-baru ini dan Indonesia bulan depan liga mereka bermula.
Jika penganjur tidak mengambil serius tentang penganjuran liga ini, lupakan saja jika kita nak lihat pasukan kebangsaan untuk bermain di peringkat Asia. Di saingan Asia Tenggara pun susah untuk kita tandingi dengan pasukan Thailand dan Vietnam sudah berada di tahap yang berbeza.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.