Bruno Taffy JDT MPFL 2025

Bruno Taffy Sifatkan Pahang Rangers Lawan Yang Sukar

Dua gol peribadi oleh pemain import, Bruno Taffy membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menumbangkan Pahang Rangers dengan keputusan 4-3 dalam perlawanan minggu ke-3, Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Divisyen 1.

Pemain yang pernah mewakili Brazil di Piala Dunia Futsal 2021 dan Copa Amerika Futsal 2022 itu meledak gol pada minit ke-17 dan ke-18 ketika Pahang Rangers masih memberi tentangan kuat. Dua gol tersebut merupakan jaringan ke-2 dan ketiga JDT dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Bandaraya Pasir Gudang, pada malam Sabtu yang lalu.

Kini, beliau mencipta tiga gol dalam tiga perlawanan dengan baki satu lagi gol ketika menentang Malaysian University.

Saya sangat gembira untuk keputusan perlawanan malam ini. Aksi yang amat sukar tetapi kehadiran penyokong membantu kami. Terima kasih kerana datang menyokong kami,” memetik ungkapannya di Instagram JDT Futsal.

Selain itu, pengendali JDT, Juan Antonio Miguel menyifatkan perlawanan yang sukar selepas pertembungan dengan Selangor “JDT menang, tetapi tipis. Perlawanan ini sangat sukar, ditambah dengan bermain di depan penyokong sendiri. Musim yang sukar dan tiada ruang untuk buat sebarang kesilapan,” ujarnya kepada portal Harimau Malaya.

Dalam aksi yang berlangsung sengit itu, JDT terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit pertama menerusi jaringan jarak jauh oleh Goleiro, Azrul Hadee Mohd Taufiq sebelum Felipe de Souza menyamakan kedudukan di minit ke-17.

Dua gol Bruno Taffy berjaya membawa JDT di depan tatkala Harith Naim mencipta gol penyamaan pada minit ke-18.

Saad Sani menambah defisit dua gol buat JDT pada minit ke-34 untuk kedudukan 4-2 buat tuan rumah sebelum Harith Naim membantu pelawat untuk kembali mendekatkan jurang menerusi jaringan ketiga mereka, dua minit berselang.

Selain aksi yang mendebarkan dan sengit antara kedua-dua pencabar kejuaraan liga ini, perlawanan turut dihiasi dengan dua layangan kad merah kepada pemain Pahang Rangers, Matheus Moura dan pemain JDT, Danial Dain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top