SUKMA Johor JFIC 2024 juara

Bayangan Emas Buat Johor Seperti Di SUKMA 2011?

Persediaan sempurna SUKMA Johor saat menjulang kejuaraan Johor Futsal Invitation Cup (JFIC) 2024 apabila mengatasi Sarawak 6-1.

Kejohanan ini menjadi pentas ujian dan persediaan beberapa pasukan yang bakal terlibat di Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 antaranya penganjur, Johor serta Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Perlis dan Kuala Lumpur selain pasukan lain iaitu Johor Bahru dan UTHM.

Ini kerana format pertandingan tersebut yang merupakan kejohanan melibatkan pemain-pemain yang berusia bawah 21 tahun.

Johor menang besar hampir kesemua perlawanan kecuali ketika berdepan Pulau Pinang di aksi separuh akhir iaitu menang tipis 2-1.

Selain itu, Johor menang 10-0 ke atas Perlis, Sarawak (6-2), Johor Bahru (5-1) dan sekali lagi mengatasi Sarawak 6-1 di pentas final.

Untuk Sarawak pula, mereka telah berjaya mara ke pentas final selepas menundukkan juara Kumpulan B, Sabah dengan keputusan 10-2.

Pulau Pinang yang tewas kepada Johor di separuh akhir berhasil meraih kedudukan ketiga apabila membenam cabaran Sabah 6-0.

Menurut makluman yang dimuat naik di akaun Facebook Johor Football Development Program itu, pertandingan tersebut dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Negeri Johor dengan kerjasama JDT, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

Dengan meraih kejuaraan ini, adakah Johor sudah bersedia untuk mengulangi pencapaian mendapatkan pingat emas ketika SUKMA 2011?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top